PULAU PINANG 3 Ogos – Kerajaan sedang meneliti beberapa cadangan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) yang diterima menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk dipertimbangkan. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan menyedari keperluan pembinaan lapangan terbang kargo itu yang mampu memberi kesan baik secara jangka panjang bukan hanya kepada negara, malah negeri-negeri khususnya di wilayah utara. Menurut beliau, pembinaan lapangan terbang kargo itu juga…










