SAUDARA PENGARANG,SELAKU peminat setia rancangan bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM), saya berasa agak terkilan apabila pengacara lelaki dan perempuan tidak lagi mengenakan pakaian tradisional pada setiap hari Jumaat. Sedangkan pada pengamatan saya, pengacara lelaki dan perempuan sebelum ini ada mengenakan sepersalinan baju Melayu dan baju kurung pada setiap hari Jumaat sejak rancangan itu disiarkan di kaca televisyen. Isu pemakaian bukanlah remeh kerana…










