MANILA 4 Ogos – Jumlah kematian mangsa tiga kapal karam meningkat kepada 25 orang apabila penyelamat menemukan beberapa lagi mayat di laut perairan sentral Filipina, hari ini. Menurut pegawai pertahanan awam, Franco Agudo, sebanyak 14 mayat penumpang dan kru ditemukan dalam operasi pencarian. – AFP










