SEPANG – Seorang wanita putus pergelangan kaki kiri selepas bas persiaran dinaikinya terbabas sebelum terhumban ke dalam gaung berkedalaman tiga meter di Kilometer (KM) 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai di Sepang, hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an yang juga isteri pemandu bas itu parah dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. Beliau memberitahu, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian…










