KUALA LUMPUR 1 Ogos – Sebuah kedai menjual peralatan lampu elektrik di Jalan Pelita Utama, Pusat Komersial Pelita, Miri, Sarawak nyaris musnah selepas terbakar dalam kejadian malam kelmarin. Memetik laporan portal Utusan Borneo, kebakaran yang dipercayai berpunca daripada peralatan elektrik itu dianggarkan telah memusnahkan kira-kira 40 peratus ruang bawah premis terbabit. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri, Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya…










