SEREMBAN 3 Ogos – Kedah yang baru dinobatkan sebagai juara Piala FA memulakan langkah kanan dalam kempen bola sepak Piala Malaysia apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini. Tuan rumah yang kehilangan ketua jurulatih Mohd. Zan Mat Aris selepas ‘direhatkan’ oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dua hari lalu dikejutkan dengan gol lawan seawal minit ke-3 perlawanan. Pemain import Kedah, Fernando…










