Hidup ini penuh dengan misteri. Apa yang akan berlaku esok tidak ada siapa pun tahu melainkan anda watak utama drama bersiri popular sedikit masa lalu Early Edition lakonan Kyle Chandler yang terkenal dengan tagline What if You Had Tomorrow’s News Today? Malangnya itu cuma cerita cereka. Adakalanya dalam hidup ini kita melalui persimpangan yang kita tidak tahu ke mana hendak pergi. Ke kiri atau kanan, ke depan atau ke belakang?…










