Kashmir panik, India arah pelancong keluar - Utusan Malaysia

Kashmir panik, India arah pelancong keluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR 3 Ogos – Penduduk Kashmir berada dalam ketakutan dan kekeliruan setelah pihak berkuasa India mengeluarkan arahan menggesa upacara keagamaan Hindu dibatalkan dan menasihatkan pelancong meninggalkan wilayah bergolak itu dengan kadar segera.

Al Jazeera melaporkan, arahan yang dikeluarkan penguat kuasa Jammu dan Kashmir itu dibuat susulan ancaman keganasan yang dirancang ke atas penganut Hindu serta ketega­ngan yang semakin memuncak di Kashmir.

Setiap tahun, ribuan penganut Hindu dari seluruh India mengunjungi gua suci Amarnath yang terletak di pergunungan Himalaya sekitar selatan Kashmir untuk upacara keagamaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Arahan tersebut dikeluarkan beberapa hari selepas India mengerahkan 10,000 anggota tentera tambahan minggu lalu selain 25,000 lagi sedang dige­rakkan ke kawasan itu.

Langkah itu mencetuskan panik dalam kalangan penduduk yang sudah mula menyimpan keperluan asas bagimenghadapi situasi kritikal.

Seorang anggota polis yang ingin identitinya dirahsiakan memberitahu, pihak polis di­arahkan bersiap siaga bagi sebarang situasi kritikal.

Sejak kebelakangan ini, beberapa siri arahan kerajaan termasuk amaran situasi krisis oleh pihak Indian Railways mencetuskan khabar angin India merancang memansuhkan hak istimewa Kashmir yang dijamin Perlembagaan India.

Penduduk Kashmir bimbang kerajaan cuma membuang Artikel 35A Perlembagaan yang menghalang penduduk India dari luar wilayah itu daripada membeli hartanah di Kashmir atau menjawat kerja kerajaan.

“Nampaknya mereka mahu mengambil semua ruang dan menindas rakyat di sini, mereka tidak peduli lagi rakyat. Mereka hanya bimbangkan tentang tanah dan sumbernya,” kata seorang pelajar, Nusrat Qadir.

Bekas Ketua Menteri Kashmir, Mehbooba Mufti berkata, India memilih wilayah mengatasi penduduknya dan mengadakan mesyuarat tergempar Kashmi setiap hari Jumaat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini