KUALA LUMPUR 2 Ogos – Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Karnival Rahmah 2019 pada September ini sebagai satu daripada usaha kerajaan merakyatkan gagasan Rahmatan Lil Alamin. Menterinya, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, karnival itu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai untuk menghayati gagasan pentadbiran Islam yang dibawa kerajaan. “Meskipun program ini dinamakan Karnival Rahmah tetapi ia merupakan karnival yang menyasarkan seluruh rakyat untuk hadir tanpa mengira kaum, bangsa…










