KUALA LUMPUR 3 Ogos- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas cedera parah dilanggar pemandu wanita tanpa lesen di Sibu, Sarawak semalam. Utusan Borneo melaporkan, dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, mangsa, Damia Alyana Daniel Sham, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kapit. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang berjalan…










