KUANTAN 30 Ogos- Bagi menyemarakkan semangat cintakan negara, buat julung kalinya Tadika Muslim Kreatif (Little Caliphs Kempadang) di sini hari ini mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-62. Pengurusnya, Nurul Nabila Afifa Ab. Razak berkata, seramai 160 murid terlibat dengan mengayakan pakaian dan menyanyikan lagu-lagu patriotik pada program sambutan berkenaan. Katanya, usaha tersebut bukan sahaja dapat mengumpulkan kanak-kanak berkenaan bagi menghayati bulan kemerdekaan namun secara tidak langsung menanamkan rasa cinta terhadap…










