KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai patah kaki apabila lif yang dinaiki terhempas dari tingkat lima di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi dekat sini, petang tadi. Ibunya, Haliza Hassan, 37, berkata, kejadian berlaku ketika anak lelaki dan suaminya, 35, baru sahaja selesai solat Jumaat dan sedang menaiki lif bersama enam yang lain untuk pulang ke rumah masing-masing. “Akibat kejadian itu, suami saya turut cedera. Anak…










