PELBAGAI teori dikaitkan dengan angka tujuh dan 17 dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, lima tahun lalu. Lapor portal buzznick, pesawat Boeing 777 bernombor pendaftaran 9M-MRD itu membuat penerbangan pertama pada 17 Julai 1997 dan nahas yang mengorbankan kesemua 298 penumpang itu berlaku ketika sambutan ulang tahun yang ke-17 pesawat terbabit. Ini bermakna, pesawat itu secara rasminya telah melakukan penerbangan selama 17 tahun.…










