KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan. Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menurun kepada RM23.23 bilion daripada RM27.93 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia jatuh kepada RM14.43 bilion berbanding RM19.54 bilion. Terdahulu, BNM menerbitkan tiga tender pasaran kewangan konvensional, tender lelongan kematangan pelbagai Islam Qard dan…










