KOTA BHARU 4 Ogos – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu menggunakan ‘bantuan’ dua jenis bakteria iaitu ‘rhizosfera’ dan ‘endophyte’ untuk memastikan ubi keledek yang ditanam di negeri ini setara dengan kualiti ubi keledek keluaran Jepun dan Indonesia. Bakteria ‘rhizosfera’ dan ‘endophyte’ adalah sebahagian kandungan penting dalam tanah di daerah Cilembu, Jawa Barat yang iaitu tempat penanaman ubi keledek paling manis di Indonesia. Pengerusi KADA, Datuk Husam Musa berkata, pihaknya…










