LABUAN – Justina Joseph dan Nurul Izza Khalisah Abu Samah melakar sejarah Persatuan Ragbi Labuan (LRA) apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2019 di Manila, November ini. Kedua-duanya gembira menjadi pemain ragbi pertama dari Wilayah Persekutuan Labuan mewakili pasukan negara ke sukan dwitahunan itu. “Ia satu penghargaan kerana dapat mewakili Malaysia dan kami akan memberikan yang terbaik. Harap-harap, kami boleh membuahkan sesuatu untuk negara,” katanya ketika ditemui Bernama hari…










