MADRID – Bekas pertahanan Atletico Madrid, Juanfran mengambil keputusan menyertai Sao Paulo, dua hari selepas Dani Alves menyertai kelab Brazil itu.
Juanfran menikmati musim gemilang sepanjang lapan tahun di Atletico dan menjadi pemain kesayangan penyokong sepanjang berada bersama kelab itu.
Pemain berusia 34 tahun itu ditawarkan kontrak baharu selepas dia menandatangani lanjutan kontrak selama setahun pada musim lalu tetapi dia mengambil keputusan berhijrah selepas gagal berada dalam kesebelasan utama pasukan.
Dia melakukan kejutan besar dengan mengikut jejak langkah pertahanan kanan yang juga bekas bintang Barcelona, Alves dengan menyertai Sao Paulo.
Ketika Alves memiliki kontrak sehingga Disember 2022, Juanfran akan bersama kelab Brazil itu sehingga tamat musim 2020.-AGENSI











