PENGENALAN Timun (Cucumis sativus) merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia. Ia termasuk daripada sayuran jenis buah dan dipercayai berasal dari timur India. Buah timun yang masih muda dimakan mentah,ia juga dimasak atau dibuat acar atau jeruk. Timun mengandungi mineral besi,fosforus,kalsium,magnesium,vitamin A,B1,B2,niasin,vitamin C. Pokok timun adalah herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat dan tidak bercabang. Ia adalah jenis ‘monoecious’yang berbunga dua jantina. Timun…










