KUALA LUMPUR 4 Ogos – Sebuah jip Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik selepas dirempuh sebuah van dalam kejadian di kawasan Kem Kubota, Tawau, Sabah, kelmarin. Portal Utusan Borneo melaporkan, kemalangan pada pukul 11.20 malam itu terjadi apabila jip ATM berkenaan berlanggar dengan sebuah van. Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, anggota tentera berusia 33 tahun yang memandu jip ATM dan pemandu van, seorang lelaki berumur 32 tahun…










