Jerebu: IPU turun ke tahap sederhana - Utusan Malaysia

Jerebu: IPU turun ke tahap sederhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) seluruh negara dilihat turun sedikit selepas tiada kawasan berada pada kategori tidak sihat sehingga pukul 3 petang tadi.

Berdasarkan bacaan terkini IPU dalam laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Indera Mahkota yang merekodkan kadar pencemaran pada tahap tidak sihat sebelum ini mencatatkan bacaan 96, iaitu dalam kategori sederhana.

Sebanyak 66 stesen JAS lain seluruh negara turut mencatatkan bacaan IPU pada kadar sederhana di antara 52 hingga 82 manakala Tawau kekal menjadi satu-satunya kawasan yang mempunyai kadar udara baik pada kadar 35.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kadar IPU di bahagian utara Semenanjung Malaysia terutama Pulau Pinang mula menunjukkan sedikit peningkatan tetapi masih berada pada kadar sederhana dengan Seberang Jaya, Seberang Perai, Minden dan Balik Pulau masing-masing merekodkan bacaan sebanyak 81, 80, 81 dan 82.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Orang ramai seluruh negara mula berhadapan dengan masalah jerebu sejak kelmarin akibat kebakaran hutan enam wilayah Indonesia.

Kebakaran hutan di Indonesia itu dikesan di Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini