Jemaah haji tertua tiba tunai haji - Utusan Malaysia

Jemaah haji tertua tiba tunai haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH 1 Ogos – Seorang jemaah haji dari Indonesia yang dipercayai individu tertua menunaikan rukun Islam kelima pada tahun ini tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz,semalam.

Lapor portal Gulf News, Ohi Aidros Samri yang dipercayai berusia 130 tahun, tiba di Arab Saudi bersama-sama enam orang ahli keluarganya.

Setibanya Ohi Aidros di lapangan terbang, dia disambut oleh sejumlah pegawai yang mengalu-alukan kedatangannya dengan jambangan bunga serta barangan perhia­san.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sewaktu ditemu ramah agensi berita SPA, Ohi Aidros dan keluarganya berterima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud serta Putera Mahkota Mohammad bin Salman atas penjagaan dan perkhid­matan yang disediakan kepada jemaah haji.

Ohi Aidros juga memuji kemudahan dan perkhidmatan disediakan oleh kerajaan Arab Saudi yang memberi perhatian sepenuhnya kepada dia dan ahli keluarga sejak mereka menjejakkan kaki di negara ini.

Dalam perkembangan berlainan, penerbangan pertama pesawat Amerika Syarikat (AS) ke Arab Saudi sejak 1997 membawa 168 orang jemaah haji tiba di Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz semalam.

Lapor Saudi Gazette, Presi­den Pihak Berkuasa Awam untuk Penerbangan Awam (GACA), Abdulhadi Al Mansouri berkata, pihaknya akan menyediakan kemudahan yang sewajarnya bagi ketibaan pesawat AS.

“Ini akan memberi galakan kepada syarikat-syarikat pener­bangan AS lain untuk memulakan semula penerba­ngan di antara kedua-dua negara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini