JOHOR BAHRU – Benjamin Mora ‘tidak berpuas hati sepenuhnya’ dengan prestasi Johor Darul Ta’zim (JDT) meskipun menang 3-1 ke atas UiTM FC dalam perlawanan pembukaan Piala Malaysia. Ketua Jurulatih Harimau Selatan itu percaya, pasukannya mampu memberikan permainan lebih baik berbanding yang dipertontonkan di Larkin malam tadi. Dalam perlawanan Kumpulan B itu, JDT memperoleh jaringan menerusi penyerang Brazil, Diogo Santo pada minit ke-15 dan 85 serta Safawi Rashid pada minit ke-65.…










