KUALA LUMPUR 3 Ogos – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa mana-mana pemimpin parti agar tidak mengejar jawatan demi kepentingan peribadi, sebaliknya fokus melaksanakan tugas masing-masing dalam tempoh yang ditetapkan. “Saya percaya anggota Pakatan Harapan (PH) matang dan boleh fikir sama ada mahu utamakan kemajuan negara, kemajuan individu atau kemajuan parti. Sebolehnya jangan fikir kepentingan individu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Little River Festival 2019 di sini hari ini. Zuraida,…










