ORANG Melayu yang mengaku Melayu tidak sepatutnya menghentam produk Utusan Melayu (M) Berhad khususnya kepada akhbar harian seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!. Saya dapati rata-rata komen di media atas talian menyiarkan majoriti hentaman ‘tidak cerdik’, emosional serta penuh provokasi terhadap produk Utusan Melayu (M) Berhad. Ramai pembaca media dalam talian ‘melatah’ dan menghentam produk Utusan Melayu (M) Berhad kerana mereka membaca satu-satu isu daripada perspektif yang disensasikan. Itulah…










