KUALA LUMPUR – Bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata sudah sampai masanya isu itu ditangani dan diuruskan dengan lebik baik, daripada membuang bayi tidak berdosa itu sehingga ada yang membawa kepada kematian. Beliau seterusnya menggesa…










