SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai aksesori dan kelengkapan bagi kegunaan aktiviti sukan serta rekreasi semakin menjadi tumpuan pengguna. Antara yang menjadi buruan dan kegilaan ramai ialah jam tangan multisport yang dilengkapi teknologi GPS (sistem kedudukan global). Ia turut dianggap sebagai antara aksesori ‘perlu ada’ bagi setiap individu yang mengamalkan gaya hidup aktif terutama sebagai persediaan bagi menyertai pelbagai acara perlumbaan. Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu memiliki jam tangan multisport…










