KOTA BHARU 26 Ogos – Menjadi satu kelaziman dalam banyak acara awam apabila perkhidmatan ‘maskot’ digunakan untuk menarik perhatian pengunjung khususnya kanak-kanak. Kehadiran kumpulan pemakai kostum yang biasanya memilih watak-watak kartun terkenal seperti Bugs Bunny dan Mickey Mouse kini menjadi penyeri majlis atau acara termasuklah di negeri ini. Nampak seronok di mata kasar apabila ‘peminat’ berkerumun mengambil gambar bersama tetapi pemakai kostum sebenarnya perlu mempunyai kesabaran tinggi untuk menahan panas…









