TEHRAN 4 Ogos – Iran dilaporkan merampas sebuah lagi kapal asing di rantau Teluk. BBC memetik laporan media tempatan Iran sebagai berkata, Tentera Pengawal Revolusi Iran bertindak merampas kapal terbabit di Teluk Parsi yang didapati menyeludup minyak untuk beberapa negara Arab. Tambah laporan itu, kapal terbabit membawa 700,000 liter minyak selain tujuh anak kapal turut ditahan. – AGENSI










