Indonesia keluar amaran tsunami setinggi 3 meter - Utusan Malaysia

Indonesia keluar amaran tsunami setinggi 3 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Gempa bumi kuat menggegarkan perairan selatan Pulau Jawa yang padat dengan penduduk hari ini, manakala Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) memberi amaran gegaran mungkin mencetuskan ombak tsunami setinggi 3 meter.

Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter itu berlaku di tengah laut pada kedalaman 42 kilometer, kira-kira 150 kilometer dari Labuan, barat daya ibu kota Indonesia, Jakarta, demikian menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pihak berkuasa Indonesia pada awalnya menyatakan bahawa kekuatan gempa adalah 7.4 pada skala Richter dan berlaku pada kedalaman 10 kilometer serta mengeluarkan amaran tsunami.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, penduduk di Jakarta meluru keluar dari kediaman masing-masing ketika bangunan-bangunan di kota metropolitan itu bergoyang akibat kekuatan gempa.

“Lampu candelier di dalam apartmen saya bergoncang dan saya meluru keluar dari tingkat 19,” kata seorang wanita berumur 50 tahun, Elisa kepada agensi berita AFP.

“Semua orang juga berlari keluar. Gegaran yang berlaku sungguh kuat dan saya amat takut,” tambahnya.

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan ribuan lagi terpaksa meninggalkan kediaman mereka selepas gempa bumi kuat berukuran 7.3 menggegarkan Kepulauan Maluku di timur Indonesia pada bulan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini