Hukum jirus air mawar di atas kubur - Utusan Malaysia

Hukum jirus air mawar di atas kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMANG pada asalnya yang wajib hanya dikebumikan sahaja tanpa menjirus sebarang air. Walaupun begitu, bila melihat kepada sejarah salafus soleh termasuk perbuatan Nabi Muhammad SAW sendiri, maka masalah ini telah dibahaskan oleh ulama secara panjang lebar.

Pedoman

Ada riwayat menunjukkan bahawa Rasulullah SAW menyiram air atas kubur anakandanya Ibrahim. Lihat Musnad Imam al-Syafie (1/215). Secara umumnya, ramai ulama Syafie berpendapat hukumnya harus bahkan ada pendapat menyatakan sunat kerana perbuatan Rasulullah SAW itu.

Namun begitu, penggunaan air mawar pula dianggap sebagai makruh kerana dengan sebab pembelian dan pembaziran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nukilkan daripada kitab I’anah al-Talibin (2/135-136). Antara lain menyebut: “Dan (disunatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Nabi Muhammad SAW melakukan sedemikian pada kubur anakanda Baginda, Saidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Syafie dan juga pada kubur Saad bin Muaz sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibn Majah.

“Dan Nabi SAW telah memerintahkan dengannya (iaitu dengan menjirus air) pada kubur Saidina Uthman bin Mazh’un sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab adalah air tersebut suci lagi menyucikan dan sejuk (air mutlak) sebagai tafa’ul mudah-mudahan Allah menyejukkan kubur si mati.

“Dan makruh menyiram atau menjirus air dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta”.”

Justeru, bagi mereka yang ingin melakukan dibolehkan dan lebih penting daripada itu adalah untuk berdoa kepada si mati kerana sabit dalam nas yang sahih.

SUMBER Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini