TOKYO 29 Ogos – Angka kematian akibat hujan lebat yang melanda Jepun setakat ini meningkat kepada tiga mangsa, kata pihak berkuasa hari ini. Jurucakap polis Saga, Hiroshi Dan berkata, mangsa ketiga merupakan wanita warga emas berusia 96 tahun, ditemui maut di sebuah rumah yang musnah akibat bencana itu di barat daya wilayah Saga. “Hasil laporan bedah siasat mendapati warga emas itu mati lemas. “Ketika operasi menyelamat sedang dilaksanakan di rumah…










