ALOR SETAR 3 Ogos – Kumpulan pendesak Cina, Dong Zong dan Jiao Zong (Dong Jiao Zong) diingatkan tidak meneruskan himpunan pada Isnin ini bagi membantah penambahan seni khat jawi dalam subjek Bahasa Melayu, kerana dibimbangi akan mencetuskan reaksi balas daripada orang Melayu. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, adalah lebih baik golongan itu yang beliau percaya disokong oleh para pemimpin DAP mengadakan perbincangan secara tertutup menerusi kementerian…










