SIAPALAH kita tanpa ibu bapa. Kasih sayang yang diberikan adalah sepanjang hayat. Namun sejauh mana kasih kita kepada mereka? Tatkala dikekang dengan kesibukan tugasan seharian dan tumpuan kepada keluarga sendiri, adakah kita berjaya mencuri masa untuk insan teristimewa itu? Sempatkah kita menjenguk mereka di kampung halaman? Atau paling tidak berhubung menerusi panggilan telefon? Mungkin mereka tidak mengharapkan balasan wang ringgit tetapi yang pasti mereka tetap mahukan perhatian daripada insan dipanggil…










