KUALA LUMPUR – Perbuatan menyalahkan mangsa atau ‘victim shaming’ dalam kes jenayah seksual perlu dihentikan agar lebih ramai mangsa tampil membuat aduan kepada pihak berkuasa dan tindakan dapat diambil ke atas pihak bertanggungjawab. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, jika perbuatan itu berterusan, akan mendorong mangsa mencari jalan penyelesaian yang salah terhadap situasi yang dihadapi mereka. “Kita kena hentikan ‘victim shaming’ ini sebab kita nak galakkan…










