GEORGE TOWN – Pulau Pinang menyasarkan untuk melayakkan diri sehingga ke pusingan suku akhir dalam saingan Piala Malaysia edisi ke-93, tahun ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Dr. Amar Pritpal Abdullah berkata, semangat pasukan Pulau Pinang kini amat baik selepas berjaya menamatkan Liga Perdana tahun ini pada tangga ketiga. “Selaras dengan pencapaian yang dikecapi Pulau Pinang dalam Liga Perdana 2019, saya berharap para pemain-pemain akan terus menunjukkan prestasi…










