RIYADH 2 Ogos – Mahkamah Tinggi Arab Saudi semalam mengesahkan anak bulan Zulhijjah telah kelihatan, sekali gus menetapkan tarikh permulaan bagi ibadah haji pada tahun ini. Ibadah haji akan bermula pada 9 Ogos dan umat Islam akan mengerjakan wukuf di Bukit Arafah keesokan harinya sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad. Lapor Arab News, menurut statistik dikeluarkan oleh Direktorat Pasport Awam sehingga kelmarin, seramai 1.2 juta jemaah haji telah tiba…










