KUALA LUMPUR 31 Ogos – Setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan rasa semangat bagi menyambut Hari Kebangsaan Ke-62 hari ini. Tidak ketinggalan ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Baginya sambutan itu lebih bermakna apabila ia dapat disambut bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Perkara itu dikongsikan dalam akaun Twitter beliau hari ini dengan memuat gambarnya bersama isteri. “Hari Merdeka lebih bermakna apabila dapat sambut sama-sama…










