JAKARTA – Kota Jakarta dan beberapa provinsi lain di Pulau Jawa terputus bekalan elektrik sejak 12 tengah hari tadi. Menurut kenyataan Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia seperti dipetik media tempatan, bekalan elektrik terputus berikutan masalah berkaitan loji kuasa elektrik di tengah dan barat Pulau Jawa. Berdasarkan laporan media tempatan, bekalan elektrik turut terputus di hampir keseluruhan Pulau Jawa. Kawasan yang terjejas selain Jakarta adalah Bandung, Bekasi, Cianjur, Cimahi, Cirebon, Garut,…










