Si perkasa bertubuh kekar bernama Dwayne Johnson ini merupakan idola kepada banyak orang. Sejak menempa nama dalam arena gusti pada tahun 1996 sebagai The Rock, rezeki Dwayne, 47, semakin berkembang ke arena perfileman dan seterusnya penerbitan karya kreatif. Bermula dengan penampilan komersial pertama sebagai The Scorpion King menerusi naskhah The Mummy Returns (2001), langkah Dwayne sebagai aktor semakin besar, tatkala peluang demi peluang diberikan kepadanya untuk menerajui filem-filem berskala tinggi.…










