TEMERLOH 4 Ogos – Had umur bagi penerima manfaat Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (Peka B40) diturunkan daripada 50 tahun menjadi 40 tahun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pada mesyuarat pasca Kabinet baru-baru ini bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah melakukan saringan kesihatan dan menjalani rawatan lebih awal. Selain itu, keputusan tersebut dicapai kerana jumlah mereka berusia 50 tahun yang…










