KUALA LUMPUR — Skuad gimnastik negara yakin merangkul separuh daripada 16 pingat emas yang menjadi rebutan pada Sukan SEA 2019 Filipina, akhir tahun ini. Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Rachel Lau berkata, dengan 19 atlet gimnas mendapat restu Jawatankuasa Pemilihan untuk beraksi di bawah Kategori A (dibiayai sepenuhnya), para gimnas menaruh harapan untuk memenangi tujuh hingga lapan pingat emas. Sasaran itu lebih tinggi daripada lima pingat emas yang ditetapkan oleh…










