JAKARTA 2 Ogos – Gempa bumi dengan kekuatan 7.4 magnitud yang berpusat di Banten menggegarkan beberapa wilayah Indonesia termasuk Jakarta, malam ini dan dilapor berpotensi mencetuskan tsunami setinggi tiga meter di Pandeglang. Lapor Detik News, gegaran yang dirasai sekitar pukul 7.13 petang itu memaksa penduduk keluar daripada rumah dan bangunan bagi menyelamatkan diri. Tinjauan mendapati, pekerja berpusu-pusu keluar dari banggunan Direktorat Jenderal Penduduk dan Pendaftaran Sivil Kota Serang ketika gempa…










