KUALA LUMPUR 2 Ogos – Gaji minimum atau gaji wajar yang manakah patut dijadikan sandaran untuk mengatasi kos sara hidup semasa? Persoalan tersebut ditimbulkan apabila masyarakat tidak bersetuju dengan pelaksanaan gaji minimum berjumlah RM1,100 yang ditetapkan mulai Jun lalu kerana masih terlalu rendah walaupun terdapat dakwaan mengatakan dasar tersebut memudaratkan perniagaan. Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara perlu diberi pertimbangan dalam menentukan gaji minimum seperti kos pengangkutan, perubatan dan kos harian lain…










