SHAH ALAM – Pembayaran zakat di kalangan majikan di negeri ini kini dipermudahkan dengan perkhidmatan aplikasi FPX E-Majikan. Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Saipolyazan Md. Yusop berkata, kemudahan FPX E-Majikan membolehkan majikan memuat naik data pencarum atau kakitangan dan membuat pembayaran terus kepada LZS melalui bank-bank yang terpilih. Katanya, ini berbeza dengan sebelum ini kepada majikan yang menyertai Skim Potongan Gaji (SPG) hanya boleh menyemak rekod bayaran yang terdahulu…










