KUALA PERLIS 29 Ogos – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menghadiri dan seterusnya merasmikan ‘Forum Kemerdekaan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2019’ bertajuk “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih” yang diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Seberang Ramai, Kuala Perlis pada malam semalam. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam…










