PARIS 4 Ogos – Juara jet ski Perancis, Franky Zapata, berjaya menyeberangi Selat England dengan menggunakan papan seluncur futuristik atau hoverboard yang direka sendiri. Lapor Reuters, Zapata berdiri di atas sebuah platform yang dikuasakan oleh lima enjin jet kecil dan membawa kerosene dalam beg galasnya ketika berlepas dari Sangatte, luar Calais pada pukul 6.17 pagi waktu tempatan. Zapata tiba di Britain sekitar 20 minit kemudian dan mendarat dengan selamat di…










