KUALA LUMPUR 2 Ogos – Ekonomi Malaysia kekal berada pada aliran meningkat dengan indeks ekonomi utama negara terus bergerak ke landasan pemulihan. MIDF Amanah Investment Bank berkata, angka terbaharu yang dicatatkan pada Mei 2019 sebahagian besarnya disebabkan penyusutan dalam nilai jualan sektor pembuatan seperti yang dijangka. “Sektor berorientasikan eksport dan yang menumpukan pada pembuatan dijangka mengalami kemerosotan akibat perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta pertikaian antara Jepun…










