LONDON – Media Britain hari ini melaporkan, Paulo Dybala akhirnya menerima tawaran Manchester United biarpun meragui perpindahan ke Old Trafford adalah langkah yang tepat. Menurut Daily Mail, penyerang Argentina itu merubah fikiran pada saat akhir selepas diyakinkan oleh rakan sepasukannya di Juventus yang juga bekas bintang United, Cristiano Ronaldo. Dybala, 25, pada mulanya menolak tawaran United kerana menganggap ia bukanlah keputusan terbaik untuk kariernya. Pemain itu percaya, jika dia perlu…










