Dua pemain baharu Newcastle - Utusan Malaysia

Dua pemain baharu Newcastle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Newcastle komited untuk mengharungi musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membawa masuk dua pemain baharu sekali gus iaitu Allan Saint-Maximin dan Jetro Willems.

Saint-Maximin, 22, dari Nice menyertai Newcastle selama enam tahun bagaimanapun yuran perpindahan penyerang tersebut tidak dimaklumkan bagaimanapun difahamkan mampu mencecah 20 juta pound (RM101 juta).

Dia melakukan penampilan profesional pertama bersama St Etienne ketika berumur 16 tahun dan telah beraksi lebih daripada 100 perlawanan Ligue 1 malah pernah menyertai Monaco, Bastia dan Nice sebelum dipinjamkan ke Hannover.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berasa gembira apabila berjaya membawa Allan masuk ke St James Park. Dia pemain muda yang berbakat dan mempunyai masa depan yang cerah.

“Dia mempunyai ciri-ciri yang diperlukan sebagai penyerang termasuk pantas jadi saya pasti dia akan membuat orang lain teruja. Dia mampu memberi nilai-nilai tambahan kepada Newcastle dan EPL,” kata bos baharu Newcastle, Steve Bruce.

Newcastle turut membawa masuk pertahanan kiri, Willems dari Eintracht Frankfurt secara pinjaman untuk semusim.

Dia pernah beraksi 22 kali bersama Holland dan Newcastle mempunyai pilihan untuk mendapatkan pemain itu secara tetap pada musim panas depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini