NEW DELHI 1 Ogos – Pakistan memindahkan kesemua warga China yang terlibat dalam projek pembinaan awam berhampiran Garisan Kawalan (LOC), susulan insiden tembakan dari India mengakibatkan dua orang awam terbunuh manakala puluhan lagi dilaporkan cedera. Lapor agensi berita Sputnik, media Pakistan memetik kenyataan pegawai kerajaan berkata, kira-kira 50 warga China yang bekerja di tapak pembinaan sebuah empangan di sepanjang pertemuan antara Sungai Neelam dan Sungai Jhelum dipindahkan akibat serangan itu.…










